Searching...
Thursday 23 October 2014
06:40 0

Aksi Atas Buaian Yang Melampau


KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik
lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya
di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian 
kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas 
buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka
dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan
dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit 
Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki
tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman
rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang 
kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung
Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya.

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek
 dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur
berumur 18 tahun berhubung kes itu.

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit 
kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.















sumber:http://funstimes.blogspot.com/2014/10/aksi-atas-buaian-yang-melampau.html#.VEkEaCKUdGk

0 comments:

Post a Comment