Searching...
Thursday 23 October 2014
06:35 0

Kena Rogol Kerana Hendak Buang Sial ( Padah Percaya Kat Bomoh )


Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita
berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika 
mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa 
mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan 
sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan 
di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa
sejak April lalu.

“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah 
mangsa lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam 
dengannya.

“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu,
 mangsa menjadi takut,” katanya.

Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi 
menjalani rawatan.

“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu 
membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran 
kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala 
Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai
kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. 







sumber:http://funstimes.blogspot.com/2014/10/kena-rogol-kerana-hendak-buang-sial.html#.VEkCtyKUdGk

– paapaada

0 comments:

Post a Comment