Searching...
Saturday 25 October 2014
08:40 0

Cerita Sebenar Penyanyi Dangdut Indonesia Julia Perez Sibuk Pilih Sperma Berkualiti


Jakarta: Penyanyi dangdut Julia Perez berkata sebelum dia memulakan proses 
mendapatkan zuriat melalui tabung uji, sperma yang didermakan itu mesti
memiliki kualiti tinggi.

Dia yang lebih dikenali sebagai Jupe, 34, berkata kualiti yang baik penting untuk 
memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano itu juga mengakui amat teliti 
dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak 
mengecewakan.

“Saya mahu suami yang spermanya bagus supaya boleh terus mendapat anak.

“Sudah pasti jika mahu berkahwin dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih
 dulu,” katanya.

Jupe baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mendedahkan mahu menjalani 
rawatan kesuburan bagi mendapat anak.

Selain Singapura, dia juga merancang pergi ke Pulau Pinang bagi merealisasikan
impiannya.

Hasrat itu ditentang banyak pihak termasuk Majlis Ulama Indonesia kerana
kehamilan Jupe berlaku tanpa pernikahan.

Namun Jupe kemudian mengakui bercadang berkahwin dengan lelaki penderma 
sperma itu nanti.

Kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar 
menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.

“Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan 
untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment