Searching...
Thursday 16 October 2014
15:46 0

Fasha Sandha Enggan Layan Kontroversi, Hidup Lebih Aman



Bercakap kepada Harian Metro, Fasha Sandha berkata, beliau ada pendekatan sendiri untuk menangani apa jua kontroversi yang timbul lebih-lebih lagi selepas berkahwin.

“Selepas saya berkahwin dan mempunyai cahayamata, jarang sekali saya ditimpa kontroversi dan saya akui dapat merasakan perbezaan itu. Sekiranya ada, saya hanya membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Peminat saya bijak, mereka pandai menilai. Formula saya mudah sahaja, apabila sesuatu kontroversi datang, saya biarkan ia berlalu tanpa perlu melatah,” ujar Fasha Sandha.

Fasha Sandha

Katanya, beliau mengakui yang banyak kontroversi berunsur negatif semakin lenyap seiring dengan peralihan dalam fasa kehidupannya.

fasha sandha3

Fasha Sandha menambah, pendiriannya itu menjadi pendinding berkesan yang membuatkan apa-apa kontroversi gagal melekat pada dirinya.
Semoga Fasha terus tabah dan dimurahkan rezeki dengan kelahiran cahaya mata keduannya tidak lama lagi.




sumber  :http://mynewshub.cc/

0 comments:

Post a Comment