Searching...
Tuesday 9 December 2014
01:01 0

Foto : Nora Danish Ke Bali Sambut Birthday Nedim

Screen Shot 2014-12-09 at 6.09.03 AM
Rasanya ini bukanlah kali pertama Nora Danish dan kekasihnya, Nedim Nazri bercuti bersama. Kali ini, mereka bercuti lagi, haa, korang mesti tak percaya jika kami kata mereka ke Bali buat kesekian kalinya kan?
Betul, kami tak tipu. Melalui laman Instagram Nora, nampaknya, pasangan ini tiba di Bali semalam. Fuh! Rasanya baru bulan lepas mereka ke sana.
Nampaknya, percutian kali ini tentulah lebih bermakna. Mana taknya, dengar khabar, Nora sambut hari lahir kekasihnya tau! Untunglah Nedim, sambut birthday sampai ke Bali. Hehe.
Screen Shot 2014-12-09 at 6.09.21 AM
Kalau korang nak tahu, kerana Nora adalah seorang girlfriend yang sweet, dia telah memuat naik sebuah video khas buat Nedim, penuh dengan kata-kata yang paling manis tahap boleh dapat diabetes.
Kata Nora, video tersebut adalah milik peribadinya, tapi terpaksa di muat naik kerana tahap kecomelan Nedim yang tinggi. Tak percaya? Tengok sendiri.

Namun, pasangan ini tak pergi berdua-duaan okay! Mereka bersama beberapa rakan lain termasuklah sahabat baik Nora iaitu Betty Rahmad.
Jadi, korang mesti  nak tengok foto-foto Nora and the gang di Bali kan? Nah! Kami sediakan khas buat korang. Yang penting kita enjoy.

0 comments:

Post a Comment