Searching...
Tuesday 9 December 2014
00:37 0

Intan Janji Macam-Macam Sebelum Putus Cinta – Kamal Adli



Masih dalam proses merawat kekecewaannya, pelakon popular, Kamal Adli mendedahkan, seminggu sebelum berpisah, mantan kekasihnya, Intan Ladyana banyak melafazkan janji terhadap hubungan mereka.
Ujar Kamal kepada akhbar Sinar Harian, “Seminggu sebelum putus, Intan banyak janji dengan saya. Antaranya janji susah senang sama-sama dan jika dia mati, jangan kahwin dengan orang lain.”
Kamal juga menambah, dia patah hati saat mengetahui Intan telah menemui penggantinya setelah beberapa bulan perpisahan mereka.
kamal
Bukan saya tak cuba dapatkan dia semula, namun dia tetap dengan pendirian itu. Mungkin salah saya juga sebab lambat tapi, saya mahu kumpul duit dahulu. Malah, saya ada perancangan untuk mengahwininya tahun ini.
Selepas hubungan kami berakhir, sebulan saya tidak ambil sebarang tawaran kerja kerana merasakan ianya tidak perlu lagi. Selama ini saya kuat bekerja kerana nak kumpul duit mengahwininya.”
Pelakon drama bersiri Antidot itu juga berkata, dia sanggup bertungkus lumus sepanjang enam tahun bersama, termasuk membeli rumah, namun segalanya kini tidak bermakna lagi.
Orang cakap, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti dan kalau ada jodoh, pasti tak kemana. Sabar ya, Kamal! – MYNEWSHUB.CC


0 comments:

Post a Comment