KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Joe Flizzow kecewa kerana dicemuh gara-gara kecuaiannya bergambar dengan dua indivdiu yang memakai baju T bertulisan lucah.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, berkata, kejadian itu berlaku di sebuah majlis apabila dia pada mulanya di datangi seorang pereka fesyen yang memintanya memakai baju bertulisan ‘Jantan’ kononnya bagi tujuan promosi.
Jelas Joe, tidak lama kemudian mucul dua individu di sebelah kiri dan kanannya untuk bergambar sebelum dia menyedari kedua-dua mereka memakai baju bertulisan lucah berkaitan alat sulit lelaki.
"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan "Jantan" untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.
"Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lucah.
"Saya sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak memuat naik gambar tersebut bagi mengelakkan kontroversi," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Joe berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya dengan dua orang individu dengan baju T bertulisan lucah tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Joe berkata, dia juga kesal apabila segelintir pihak menuduh baju tersebut merupakan produk yang dikeluarkan olehnya.
Malah, ada yang mengancam untuk memboikot album dan perniagaannya kerana dianggap tidak sensitif.
"Selepas gambar tersebut tersebar saya dapat banyak respons negatif terutamanya pengguna laman sosial.
"Ramai yang menuduh baju tersebut merupakan baju yang saya jual. Sebenarnya saya hanya ada baju bertulisan Havoc sahaja.
"Mereka juga mengugut untuk memboikot kedai saya, namun Alhamdulillah sehingga kini perniagaan saya tidak terjejas," ujarnya.
Dalam pada itu, Joe mengakui tertekan dengan kejadian itu sehingga terfikir untuk meninggalkan negara buat beberapa minggu.
Katanya, perkara tersebut telah mencalarkan nama baik dan reputasinya yang selama ini bersih.
"Saya sudah minta maaf kepada semua secara terbuka di laman Twitter tentang gambar tersebut.
"Pada awalnya saya agak tertekan hingga terfikir untuk ‘lari’ sekejap, namun ibu saya menghalang dan meminta saya bersabar," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang single terbaharunya Apa Khabar featuring SonaOne, Joe mengakui ia merupakan luahan rasa rindu terhadap bekas ahli kumpulannya Too Phat iaitu Malique.
Tambahnya lagu itu menerangkan tentang persahabatan mereka yang masih utuh biarpun mereka sudah tidak lagi bersama.
"Ini merupakan lagu tentang persahabatan yang mana saya ingin memberitahu kepada peminat bahawa kami masih lagi baik seperti dahulu.
"Kami tidak pernah bergaduh atau berselisihan faham selepas membawa haluan masing-masing," ujarnya.
Joe memberitahu dia masih berhubung dengan penyanyi tersebut bagi meminta pendapat dan rujukan mengenai sesebuah lagu yang dihasilkan.
0 comments:
Post a Comment