Searching...
Wednesday, 13 August 2014
21:48 0

La Ode Ke Tali Gantung

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

La Ode ke tali gantung

Dalam keputusannya, Hakim Aktar berkata, berdasarkan pembelaan, tertuduh didapati sengaja melepaskan tembakan ke arah Norazita pada hari kejadian. 

"Saya tidak boleh terima pembelaan mengatakan tembakan itu terlepas kerana senjata itu mengalami kecacatan.

"Keterangan pakar senjata api jelas menunjukkan bahawa untuk melepaskan tembakan individu perlu mengalihkan pin kepada tembak dan menekan picu. Senjata itu juga dalam keadaan baik," katanya.

Mengikut pertuduhan, La Ode, 36, didakwa membunuh Norazita, 37, di dalam bangunan AmBank, nombor 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Dia turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun dengan niat menyebabkan kematian kepada pegawai AmBank itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

0 comments:

Post a Comment