Searching...
Saturday, 25 October 2014
08:42 0

Penganjur Program Sentuh Anjing Tampil Minta Maaf


PETALING JAYA: Selepas dikritik pelbagai pihak, penganjur program 'I Want To Touch A Dog'Syed Azmi Alhabshi pada Sabtu membuat permohonan maaf secara terbuka. 

Beliau meminta ampun daripada semua pihak di atas perkara berbangkit dalam acara yang dianjurkannya minggu lalu. 

Syed Azmi mengakui, walaupun acara itu dianjurkan dengan niat ikhlas, ia juga mempunyai kelemahan tersendiri. 

Saya ingin memohon maaf di atas sebarang tidaksenangan yang berbangkit dan tindak balas yang berlaku selepas program I Want To Touch A Dog. 

Terus-terang dengan hati yang ikhlas niat saya menganjurkan program ini adalah kerana Allah dan bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme...saya akui program ini mempunyai kelemahan tersendiri, katanya pada sidang media di Kelab Golf Selangor di sini, Sabtu.

Hadir sama peguam beliau, dan penganjur bersama Norhayati Ismail

Menurut Syed Azmi, beliau menerima semua komen yang diterima dan menganggapnya sebagai proses pembelajaran

Terima kasih atas komen-komen yang diterima. 

Ini adalah proses pembelajaran bagi saya juga. Saya sejujurnya tidak mempunyai mana-mana niat untuk mengguris sensitiviti rakyat Malaysia, katanya.

Syed Azmi dalam pada itu juga sempat menegaskan bahawa program yang dianjurkannya tidak sama-sekali menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan. 

Sebaliknya beliau berkata program itu diadakan bertujuan mengatasi rasa takut terhadap anjing, cara membantu anjing yang berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks Islam. 

Segala pencerahan mengenai hukum-hakam pengendalian anjing telah diterangkan semasa program tersebut. 

Ingin saya tekankan sekali lagi program ini adalah proses pembelajaran. Kaedah sertu juga telah diterangkan dan amali dikendalikan, katanya.

Sementara itu, menjawab soalan media Norhayati berkata pihaknya telah mengikuti semua prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam Selangor (Mais)

Bagaimanapun katanya, timbul beberapa kelemahan dalam dari segi kawalan dan penganjuran acara tersebut yang tidak dijangka pihak penganjur. 

Kami mengedarkan sebanyak 500 risalah tentang pandangan Islam terhadap anjing tetapi tidak cukup kerana kita jangka 500 orang yang akan hadir tetapi yang datang hampir seribu orang. 

Kita akui kelemahan kita kita tak dapat kawal pengunjung yang datang ke situ, katanya.

Katanya, kelemahan-kelemahan tersebut telah menyebabkan ada di kalangan pengunjung yang memegang anjing bukan untuk tujuan belajar tetapi untuk tujuan suka-suka seperti yang dilaporkan di media sosial. 

Artikel: Penganjur Program Sentuh Anjing Tampil Minta Maaf 

SUMBER: http://kamithemedia.blogspot.com/2014/10/penganjur-program-sentuh-anjing-tampil-minta-maaf.html#ixzz3HAiSepfu 

0 comments:

Post a Comment