ALOR GAJAH : Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur
berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.40
pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat
dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat
sini.
Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yang sudah bercucu itu kerap tidur
bersama pasangannya di rumah berkenaan.
Sumber berkata, isteri yang berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87
tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya
itu.
tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya
itu.
“Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat
suaminya dari arah salah satu bilik.
“Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian
kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil,” katanya.
Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer
Paabas,Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke
atas rumah disyaki.
Paabas,Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke
atas rumah disyaki.
“Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10
minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak
berkunci.
minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak
berkunci.
“Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku
bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat
keletihan,
bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat
keletihan,
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi
mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor
Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam
Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian

0 comments:
Post a Comment