Searching...
Thursday 14 August 2014
07:42 0

Beyonce Knowles Kantoi Photoshop Gambar Instagram?

480
Memang tidak dapat dinafikan menjadi selebriti menuntut seseorang individu itu menjadi ‘sempurna’ daripada segala segi termasuk daripada segi penampilan diri.
Penampilan diri menarik yang dimaksudkan di sini ialah mempunyai bentuk badan yang kurus dan slim.
Itu sebabnya kebanyakan selebriti Hollywood akan mengamalkan diet ekstrem sekiranya menyedari berat badan mereka semakin bertambah.
Berdepan dengan realiti memang menyakitkan, namun demi menunjukkan imej yang cantik kepada peminatnya, penyanyi terkenal, Beyonce Knowles dikatakan telah mengedit sebahagian pehanya dalam laman sosial Instagram.
Beyonce dikatakan kantoi mengedit gambar tersebut apabila terdapat perubahan rupa bentuk telefon pintar Iphone yang berada di hadapannya menerusi foto tersebut.
Tak tahulah kalau itu refleksi daripada pencahayaan ataupun memang dia mengedit gambar tersebut, sebab ini bukanlah kali pertama Beyonce dikecam kerana mengubah gambar asalnya. - MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment